Adab dalam Bersedekah

Antara adab bersedekah ialah:-


  • Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
  • Ikhlas dalam bersedekah.Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredaan-Nya.Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
  • Mendahulukan sedekah yang wajib.Sebagaimana yang disebut dalam hadis qudsi yang bermaksud:"... dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa-apa yang telah Aku wajibkan atasnya..."(riwayat Bukhari)
  • Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah(zakat) yang wajib tanpa ada keuzuran.
  • Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti orang miskin,anak-anak yatim,janda dan sebagainya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir,miskin,pengurus-pengurus zakat,para mualaf,untuk memerdekan hamba,yang berhutang,yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir".(surah al-Tawbah 9:60)
  • Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima olah Allah dan membuahkan pahala.
  • Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaiman firman Allah yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman,janganlah kamu menghilangkan(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)....."(Surah al-Baqarah 2:264)
  • Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih.
  • Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat,sebagaiman sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sedekah kepada orang miskin(mendapat satu pahala),sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturrahim".(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Jangan buruk siku.Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya,seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali."(riwayat Muslim)
sedekah


EmoticonEmoticon