Tanda amal tidak diterima Allah



Amal kebaikan yang kita lakukan sudah pasti ada kesannya terhadap diri kita. Para ulama membincangkan perkara ini dalam topik tasauf dan raqaiq (perkara yang melembutkan hati).

Solat, puasa, zakat semuanya itu memberikan cahaya kepada seorang muslim. Apatah lagi jika dia menambah dengan ibadah sunat maka bertambahlah seri cahaya kesan daripada ibadahnya.

Cuma, kadangkala berlaku juga keadaan bila seorang itu seolah-olah tiada langsung kesan daripada ibadahnya. Dia menunaikan solat tapi dia terus mengumpat. Dia melazimi puasa sunat yang besar ganjarannya tapi dia kasar dalam bahasanya bila berkomunikasi. Sedih.

Rupanya ulama menamakan hal ini adalah tanda sesuatu amalan tidak diterima oleh Allah SWT. Seorang yang soleh sentiasa merancang untuk melakukan kebaikan, adapun orang yang mendekati Allah SWT sentiasa runsing adakah amalannya diterima oleh Allah SWT. Beza antara dua darjat.

Lihat semula diri kita. Boleh jadi amalan kita semua hilang ditiup angin riya dan sifat hati yang lain.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

Read More

Mangsa kebakaran HSA selamat dikebumikan



Batu Pahat: Jenazah Yusof Hassan, 53, seorang daripada enam mangsa kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Separap di sini, hari ini.

Jenazah tiba di Masjid Ungku Ahmad, Kampung Separap, pada 9.30 malam dari HSA,disembahyangkan ratusan penduduk kampung sebelum dikebumikan hampir sejam kemudian.


Anak saudaranya, Jamaliah Abdul Hamid, 58, berkata, Allahyarham yang tidak pernah berumahtangga tinggal berseorangan di Kampung Parit Lapis, Separap.

"Allahyarham adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

"Sebelum itu, Allahyarham terjatuh di rumahnya hingga tidak sedarkan diri dan disyaki menghidap ketumbuhan di kepala.

"Kali terakhir bertemunya Ahad lalu, ketika melawat Allahyarham di wad berkenaan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham, hari ini.

Menurutnya, bapa saudaranya itu dikenali orang ramai kerana melakukan kerja kampung.

Katanya, keluarganya menerima berita itu apabila dihubungi sepupu yang menjaga arwah di HSA.

Walaupun terkejut dengan berita itu, katanya, mereka reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Ismail Roslan.

Read More

Wad ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA) Terbakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,pagi semalam Malaysia khususnya di negeri Johor telah dikejutkan dengan berita kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Berikut senarai nama pesakit yang terkorban dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi, Tingkat Dua, Hospital Sultanah Aminah, hari ini.

Senarai nama empat wanita dan dua lelaki yang terkorban itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.


1. K. Logeswaran, 20.

2. Choo Lin Fung, 37.

3. Tow Ah Wah, 60.

4. Yusuf Hasan, 53.

5. M Kaliama, 23.

6. C Neeramala Devi, 24.


Berikut disediakan kronologi kebakaran









Read More