Siaran Langsung Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016

Siaran Langsung Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016. Aksi Malaysia vs Afghanistan untuk perlawanan persahabataan antarabangsa kelas A 2016 akan berlangsung malam ini, 11 Oktober 2016.
Bagi pemain skuad Harimau Malaysia, malam ini adalah ujian terakhir untuk menunjukkan kemampuan masing masing sebelum dipilih untuk ke perlawanan Piala AFF 2016 yang dijadualkan berlangsung di Myanmmar pada 19 November depan.
Biarpun berdepan pasukan Afghanistan yang kini menduduki rangking ke 149 dunia, skuad Harimau Malaysia perlu memberikan saingan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita malam ini
.
Siaran Langsung Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016
Beraksi di Stadium Shah Alam Selangor, pasukan Malaysia selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan Afghanistan. Sepak mula dijadualkan pada pukul 8:45 malam nanti.
Anda boleh menonton aksi Malaysia vs Afghanistan bermula dengan aksi pra perlawanan jam 8:30 malam ini menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena HD 802.
Live Streaming Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016
Untuk anda yang ingin tonton online perlawanan Malaysia vs Afghanistan akan kami kongsikan pautan live streaming kemudian sekiranya ada.
Keputusan Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016
Keputusan Terkini Malaysia vs Afghanistan 11 Oktober 2016 akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang berlangsung perlawanan malam ini. Manakala Keputusan Penuh Malaysia vs Afghanistan 11.10.2016 akan dikongsikan selepas tamat perlawanan.
Malaysia  vs  Afghanistan
1                            1
masa penuh

Read More

Seputar Hijrah RasuluLlah SAW



  1. Adakah betul Nabi TIDAK berhijrah pada 1 Muharram ? 
  2. Adakah Nabi tidak seberani Saidina Omar untuk berhijrah terang-terangan..? 
  3. Bagaimanakah kedudukan ibadat Hijrah pada zaman sekrang ? 



إِلاَّ تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Nota;

1. Tarikh Nabi keluar berhijrah dari Mekah ke Yathrib adalah pada malam 27 SAFAR tahun yang ke 14 selepas dilantik menjadi Rasul, bersamaan tahun 622M. Hijrah baginda ditemani oleh Saidina Abu Bakar.

2. Sejurus keluar dari Mekah, RasuluLlah bersembunyi terlebih dahulu di dalam gua THUR yang terletak hampir 5 batu dari bandar Mekah. Baginda dan Abu Bakar bersembunyi selama 3 hari menunggu waktu yang lebih selamat untuk meneruskan perjalanan.

3. Rasulullah sampai di Quba’ (5 km daripada Madinah) pada Isnin, 8 Rabiul Awwal iaitu selepas 11 hari perjalanan. Baginda mengasaskan pembinaan Masjid yang pertama d Quba’ dan berhenti di sana selama 4 hari. Akhirnya baginda SAW memasuki bandar Yathrib (ditukar menjadi MADINAH) pada Jumaat 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijrah.

4. Orang yang pertama memulakan kiraan tahun Hijrah ialah Saidina Omar iaitu pada zaman pemerintahannya sebagai Khalifah. Ketika itulah juga ditetapkan MUHARRAM sebagai bulan pertama dalam setahun dan juga peristiwa Hijrah RasuluLlah sebagai tahun yang pertama.

5. Meskipun RasuluLlah adalah orang yang paling berani dan meyakini bantuan Allah terhadap dakwahnya, baginda tetap merancang Hijrahnya dengan teliti dan bijaksana. Ini kerana Rasulullah adalah ikutan Muslimin sepanjang zaman, baginda ingin mengajar ummatnya bahawa Islam adalah agama yang bersifat realistik.Setiap perjuangan dan kejayaan adalah juga bergantung kepada kesungguhan dan usaha kita mengambil segala asbab, bukannya dilakukan semberono meskipun kita benar dan Allah bersama kita.

6. Hijrah merupakan antara ibadat yang tinggi kedudukannya di dalam Islam. Makna asal yang boleh difahami ialah berpindah daripada tempat yang menghalang kita daripada mengamalkan ajaran Islam ke tempat lain atau negara Islam yang membolehkan kita beramal dengan aman.

7. Hijrah juga boleh difahami secara tindakan individu iaitu berpindah @berubahnya seseorang daripada akhlak dan gaya hidup yang menyimpang dan maksiat – kepada akhlak dan gaya hidup yang mentaati syariat.

8. Namun makna “Hijrah ke Negara Islam” pada hari ini juga boleh membawa maksud dengan bergabung dan bersama kumpulan atau jamaah gerakan Islam yang berusaha dan beramal ke arah menegakkan Islam. Maka ia juga menjadi kewajipan kepada setiap Muslim berdasarkan kemampuannya.

WaLlah a’lam.



Ustz M Zulkifli Ibrahim
fb.com/uszul.ibrahim

Read More

Ramalan Banjir Besar



Pelabuhan Klang: Pihak berkuasa meramalkan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan tertentu di negeri ini berikutan fenomena air pasang besar mulai Ahad ini.

Daerah Klang antara kawasan yang dijangka terjejas disebabkan fenomena itu terutama lokasi berhampiran Selat Melaka seperti Sungai Serdang, Taman Melawis, Kampung Tok Muda, Pandamaran, Taman Selat Damai, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Lima.


Berikutan itu, pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat giat melakukan persiapan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir kilat di kawasan berkenaan.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Klang Penguasa Bomba Ameer Haizal Sahak berkata, pihaknya akan membuka pusat kawalan serta menempatkan bot serta jentera di kawasan berisiko tinggi pada 15 Oktober ini iaitu sehari sebelum tarikh dijangka mengalami air pasang besar.

Beliau berkata, semua pegawai dan anggota di empat Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang iaitu di Sungai Pinang, Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas kini sudah bersiap sedia bagi sebarang operasi memindahkan penduduk jika banjir kilat berlaku.

“Sebanyak dua bot dan masing-masing sebuah jentera dan kenderaan utiliti ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Tok Muda kerana lokasi ini pernah mengalami banjir disebabkan fenomena sama pada September lalu.

“Anggota bomba juga bersedia 24 jam pada hari berkenaan kerana air pasang besar dijangka berlaku sekitar jam 6 pagi Ahad ini dan oleh sebab itu kita akan memulakan proses pemindahan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya selepas melakukan tinjauan di Sungai Serdang dan Kampung Tok Muda, di sini, semalam.

Ameer berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa paras air akibat fenomena itu dijangka meningkat sehingga 5.7 meter berbanding paras direkodkan bulan lalu iaitu 5.6 meter.

“Keadaan akan bertambah buruk jika hujan lebat dan angin kencang dan sebab itu Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor sudah mengeluarkan arahan kepada semua agensi berkaitan dan pemimpin masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Penduduk juga diminta berpindah secara sukarela bagi keselamatan nyawa masing-masing kerana kita tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah hari berkenaan,” katanya.

Read More