Semua perlu henti guna Note 7

Seoul: Selepas memutuskan untuk memberhentikan sementara pengeluaran Note 7, Samsung hari ini meminta pemilik telefon pintar itu, sama ada model pertama atau model gantian supaya mematikan dan tidak tidak menggunakannya ketika syarikat itu menyiasat laporan telefon berkenaan terbakar.

Walaupun belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun Samsung dikatakan sedang menimbang untuk memberhentikan terus pengeluaran serta jualan model terkini dan tercanggih telefon pintar syarikat itu.

Akhbar Korea Selatan, Hankyoreh, melaporkan Samsung merancang memberhentikan terus pengeluaran Note 7.

Pengeluar telefon pintar utama dunia itu meminta semua pengedar di seluruh dunia menghentikan jualan serta pertukaran Note 7 ketika ia menyiasat punca telefon gantian terbakar.

Beberapa minggu selepas dilancarkan dua bulan lalu, Samsung menarik balik 2.5 juta unit Note 7 berikutan banyak kejadian model itu terbakar yang dikatakan berpunca daripada bateri dan menawarkan gantian Note 7 diperbaiki atau pulangan wang.

“Pengguna sama sama Note 7 asal atau model gantian perlu mematikan telefon itu dan berhenti menggunakannya,” kata Samsung dalam kenyataan hari ini.

Menurut penganalisis, pemberhentian pengeluaran Note 7 akan menyebabkan Samsung kerugian AS$17 bilion serta menjejaskan imej dan reputasi produk lain keluarannya, terutama telefon pintar.

Saham Samsung merosot lapan peratus bernilai $18.8 bilion semalam, kejatuhan terbesar dalam sehari sejak 2008.

Berikutan masalah itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Kementerian Pengangkutan Korea Selatan menegaskan Note 7 tidak boleh diguna atau dicaj dalam pesawat.

Read More

Samsung hentikan pengeluaran Note 7

Seoul: Pengeluar telefon pintar terkemuka dunia Samsung terus dilanda masalah apabila terpaksa memberhentikan pengeluaran Note 7 berikutan telefon gantian bagi menggantikan model berkenaan yang mengalami masalah bateri sebelum ini juga masih mempunyai masalah yang sama.

“Kami dalam proses ‘menilai kembali’ jumlah pengeluaran,” kata Samsung dalam jawapannya berikutan laporan mengenai masalah berkenaan.

Sejak minggu lalu, banyak laporan muncul di Internet dan media sosial mengenai telefon gantian Note 7 terbakar menyebabkan firma telekomunikasi Amerika Syarikat AT&T serta T-Mobile mengumumkan ia memberhentikan pertukaran telefon untuk Note 7.

Menurut Bloomberg, AT&T ialah pelanggan ketiga terbesar Samsung manakala T-Mobile, keempat.

Samsung sebelum ini, menarik balik kira-kira 2.5 juta unit Note 7 beberapa minggu selepas dilancarkan berikutan baterinya terbakar dan ada yang meletup. Ia kemudian menggunakan bateri daripada pembekal lain untuk Note 7 yang baru.

Samsung dilaporkan memberhentikan sementara pengeluaran Note 7 selepas perbincangan dengan pihak berkuasa keselamatan pengguna Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China.

AT&T bagaimanapun berkata, ia masih memberi tawaran kepada pengguna untuk menukar Note 7 kepada model Samsung yang lain atau jenama lain manakala T-Mobile memberhentikan terus jualan serta penukaran.

Telefon gantian yang juga bermasalah itu menyebabkan imej serta reputasi Samsung terjejas teruk.

“Samsung boleh memberhentikan pengeluaran dan jualan Note 7 namun masalah tidak berakhir di situ, ia menjejaskan imej jenama Samsung serta menjejaskan jualan model Galaxy yang lain,” kata penganalisis kewangan dan pasaran dari Dongbu Securities, S R Kwon.

http://www.hmetro.com.my/node/172897

Read More

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Al-Imam al-Syahid al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah ,Iskandariah ,Mesir. Beliau berasal daripada sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup yang serba sederhana.

Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama' ,imam ,guru dan pengarang beberapa kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar ,Mesir.Beliau lebih dikenali sebagai seorang yang bersopan santun ,pemurah ,merendah diri dan tingkah laku yang menarik . Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya .Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji ,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama' ,Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya.Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan rumah.Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut .Pertemuan ini memberikan kesan yang mendalam kepada pemikiran ,wawasan dan yang paling penting perwatakannya.Ketokohan ,keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Kepimpinan Hassan al-Banna

Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terselah sejak beliau masih di sekolah rendah .Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah .Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah penubuhan sufi,al-Ikhwan al-Hasafiyah.Melalui penubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam.Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan memasuki Pusat Latihan Perguruan.Selepas tiga tahun di sana ,beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir.Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang luas.Semasa di Kaherah,Hassan al-Banna terdadah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk .Parti-parti politik ,kumpualan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekualar kebanyakkannya melemahkan pengaruh Islam.Beliau kemudiannya menganggotai Pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam.Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat ,di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam yang terkenal seperti Muhibbudin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda,Farid Wajdi dan lain-lain.

Menubuhkan Ikhwanul Muslimin

Pada Mac 1928 ,dalam usia 23 tahun,Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam.Di rumah itu Jemaah Ikwan Muslimin telah ditubuhkan .Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul 'Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebauh sekolah di bandar Ismailiyah.
Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan ,beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar.Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948,beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang menghadapi Israel seolah-olah dinafikan.Kesamua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan,pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertemapat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin.Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang,Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur,seorang peguam ,suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut.Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding ,tetapi malangnya Menteri Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang.Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil,dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol.Mereka berdua terkena tembakan itu .Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di Hospital Qasral 'Aini ,mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna .Pada pukul 12.50 tengah malam,Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.Pada tarikh itulah dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farouk ,pemerintah Mesir pada ketika itu.
Read More