Kuala Lumpur : Mayat lelaki ditemui di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai kira - kira jam 11 malam, tadi.
Lelaki berusia 50-an itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu dan mayatnya ditemui penduduk setempat selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa yang terletak di tingkat sembilan.
Polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai bagi membuka pintu rumah mangsa yang terkunci dari dalam.
Menurut jiran yang mahu dikenali sebagai Alias, mangsa hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali dan kali terakhir melihatnya pada hujung minggu lalu.
"Dia memang tinggal sendirian dan jarang berada di rumah. Sejak tiga hari lalu, kami terhidu bau yang sangat busuk sebelum mengambil keputusan melihat rumah mangsa dari bahagian tingkapnya.
"Kami terkejut apabila melihat mangsa terbaring kaku di hadapan pintu bilik kediamannya," katanya yang terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Siasatan awal mendapati mengsa menghidap penyakit kencing manis. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).
"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya.
EmoticonEmoticon