4 JENIS KEKASIH DALAM BISNES

Assalamualaikum semua, Hai! apa khabar? masih bersemangat nak ubah hidup anda jadi luar biasa dengan bisnes? Bagus!!! Baiklah…harini saya nak share pasal 4 jenis customer dalam bisnes atau kategori customer engagement. Customer engagement sangat penting dalam bisnes sebab kita bukan sekadar jual barang tepi jalan, lipat meja dan balik rumah dan ulang rutin yang sama. Maybe kita mula berniaga dengan cara itu, bisnes pasar malam. Tapi kita nak lebih kedepan, kita nak expand bisnes kita, walaupun kita meniaga kat pasar malam tapi kita boleh expand dengan perniagaan online dan sebagainya. Tapi, kalau business nature kita tak guna internet pun macam buka carwash, buka kedai stationery still customer engagement sangat penting dan membantu untuk increase sales kita.


Customer Engagement bermaksud kesan, reaksi, respon atau pengalaman yang customer rasa dengan bisnes atau produk kita. Senang faham customer engagement adalah pertalian atau hubungan rapat customer dengan produk/servis/brand kita. Contoh customer engagement boleh terbina dan dibina adalah dengan membuat pembelian, baca, like atau share post kita di media sosial, join keahlian kelab pembeli yang kita wujudkan, email marketing, nampak iklan produk atau servis kita di billboard, berkongsi pengalaman menggunakan produk atau servis kita, ataupun apa-apa exposure yang membolehkan orang kenal dan tahu pasal produk kita.
Kalau nak customer setia dengan produk atau servis kita, wajib jaga customer engagement. Engage customer dengan communicate dalam cara yang memenuhi keperluan mereka, yang kena dengan citarasa mereka. Berikut adalah 4 kategori customer yang ada engagement yang tinggi dengan produk atau servis kita.
tips berniaga

Pembeli – Mereka memang adalah hasil customer engagement kita, mereka ni golongan yang sudah terdedah dengan exposure produk/servis dan beli atau gunakannya. Mereka berterusan beli dan guna produk/servis kita.
Pendorong–  Mereka jenis yang selalu promote produk/servis kita kepada orang ramai. Mereka ni kadang-kadang tak guna produk/servis kita tapi mereka akui yang produk atau servis kita bagus dan recommend kepada orang lain dengan cara mulut ke mulut, share,komen,like atau post pasal artikel atau info produk kita kat personal FB, Insta dan sebagainya, .
Penilai– Mereka selalu update latest info pasal produk/servis kita. Selalu bagi komen sama ada mereka suka atau tidak untuk tujuan yang baik, kerana mereka betul-betul sukakan brand produk /servis kita dan mahukan penambahbaikan untuk bantu kita kekalkan kualiti. Ambil kira pendapat mereka, jangan remehkan, sebab mereka ini orang yang ada potensi untuk selalu melabur  duit mereka untuk jadi pelanggan setia kita dan mereka seolah-olah  pekerja company yang betul-betul berharap yang produk /servis kita mendapat sambutan.
Pengikut– Yang ni memang kategori customer setia, mereka ni akan follow dan stick dengan produk/servis kita. Selalunya pengikut ni ada karakter-karakter lain yang kat atas ni tadi. Contohnya, mereka dah guna produk kita selama 3 tahun, bila keluar produk baru, mereka maybe tak beli sebab dah ada ataupun nak tak nak membazir, tapi mereka akan promote pada pada orang lain kebaikan produk kita dan mereka tidak akan guna produk/servis lain selain brand kita.
Read More

Ibn Sina (Avicenna)

Pengenalan

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husin bin Abdullah bin Sina.Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Sina.Di barat,beliau dikenali sebagai Avicenna.Seorang ahli falsafah dan ahli perubatan Islam yang terkenal di seluruh dunia sejak akhir abad ke 10 Masihi hingga ke hari ini.


Beliau anak kepada Abdullah bin Sina seorang pegawai kerajaan berketurunan Parsi.Dilahirkan di sebuah pekan kecil Asfahan,dalam daerah Bukhara,pada tahun 980 Masihi.Tidak beberapa lama selepas beliau dilahirkan ,bapanya dipindahkan ke kota Bukhara.Disanalah beliau dibesarkan dan dididik mengikut tradisi Islam.

Avicenna-Bapa Perubatan Moden


Aktiviti Hidupnya

Ketika berumur 6 tahun,beliau dihantar ke sebuah madrasah di kota Bukhara.Di sana beliau diajar menghafaz al-Quran.menulis dan membaca.Beliau dikatakan selesai menghafaz keseluruhan al-Quran ketika umurnya mencapai 10 tahun.Anda tentu dapat membayangkan tentang kecerdikannya dan kepintarannya kerana kepintaran yang luar biasa yang dikurniakan Allah kepadanya.Beliau dapat memahami semua pelajaran yang diajar oleh guru kepadanya.Dari situ timbullah minatnya yang mendalam ilmu pengetahuan.

Pada peringkat awal,beliau berminat dalam ilmu bahasa dan kesusasteraan.Beliau mendalami ilmu bahasa Arab dan Parsi dan menguasai kedua-duanya dengan baik.Selepas itu beliau berminat dalam ilmu perundangan.Beliau mendalami ilmu Feqah daripada seorang ulama terkenal zamannya iaitu al-'Alamah Ismail az-Zahid.Selain mendalami ilmu Feqah,beliau juga berminat dalam ilmu -ilmu lain seperti matematik,geometri dan falsafah.Beliau dikatakan dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya dengan mudah sehingga mengatasi kepintaran guru-gurunya.Ketika berumur 16 tahun,beliau mula berminat dalam ilmu perubatan.Oleh sebab minatnya yang mendalam ilmu tersebut,beliau dapat menguasainya dalam masa beberapa tahun sahaja.Selepas itu beliau mula membuat kajian dan penyelidikan bagi mengetahui dengan lebih jelas akan punca penyakit yang menyerang manusia.Melihat kejayaan cemerlang yang dicapainya dalam bidang penyelidikan tersebut ,pihak pemerintah (Kerajaan Bani Sama'am) telah memberi berbagai-bagai kemudahan serta galakan kepada beliau.Antaranya ialah memberikan kebebasan menggunakan Kitb Khanah as-Samani.Kitb Khanah tersebut merupkan perpustakaan terbesar zaman itu di Bukhara kerana di dalamnya terdapat puluhan ribu buah buku pelbagai bidang.


Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.

Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.

Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:

1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.

Canon of Medicine
4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).

Kejayaannya

Hasil kajian dan penyelidikan yang dibuatnya dalam beberapa tahun,beliau dapat mengetahui dengan jelas sistem peredaran darah di dalam tubuh manusia serta beberapa jenis penyakit dan punca dan cara mengubatinya.Antara jenis penyakit yang ditemuinya ialah barah,bengkak otak,kudis dalam perut,tibi dan beberapa jenis penyakit kulit.Ada penyakit yang berpunca dari kerosakan sel.Cara rawatannya ada yang perlu kepada pembedahan ,ada perlu kepada suntikan dan hanya yang boleh disembuhkan melalui ubat-ubat yang dimakan.Beliau dikatakan orang yang pertama menggunakan kaedah suntikan menggunakan jarum dan membuat pembedahan.

Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Karyanya yang termasyhur dalam falsafah ialah as-Syifa'.Kebanyakan kitab karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah dan bahasa latin untuk dijadiakn rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.

Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.

Kesimpulannya


Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.
Read More

Harga Baru Petrol dan Diesel November 2016

ron95,ron97,diesel





Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

"Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter," katanya kepada Bernama, malam ini.


Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75).

http://www.hmetro.com.my/node/178300
Read More