Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perniagaan. Papar semua catatan

4 JENIS KEKASIH DALAM BISNES

Assalamualaikum semua, Hai! apa khabar? masih bersemangat nak ubah hidup anda jadi luar biasa dengan bisnes? Bagus!!! Baiklah…harini saya nak share pasal 4 jenis customer dalam bisnes atau kategori customer engagement. Customer engagement sangat penting dalam bisnes sebab kita bukan sekadar jual barang tepi jalan, lipat meja dan balik rumah dan ulang rutin yang sama. Maybe kita mula berniaga dengan cara itu, bisnes pasar malam. Tapi kita nak lebih kedepan, kita nak expand bisnes kita, walaupun kita meniaga kat pasar malam tapi kita boleh expand dengan perniagaan online dan sebagainya. Tapi, kalau business nature kita tak guna internet pun macam buka carwash, buka kedai stationery still customer engagement sangat penting dan membantu untuk increase sales kita.


Customer Engagement bermaksud kesan, reaksi, respon atau pengalaman yang customer rasa dengan bisnes atau produk kita. Senang faham customer engagement adalah pertalian atau hubungan rapat customer dengan produk/servis/brand kita. Contoh customer engagement boleh terbina dan dibina adalah dengan membuat pembelian, baca, like atau share post kita di media sosial, join keahlian kelab pembeli yang kita wujudkan, email marketing, nampak iklan produk atau servis kita di billboard, berkongsi pengalaman menggunakan produk atau servis kita, ataupun apa-apa exposure yang membolehkan orang kenal dan tahu pasal produk kita.
Kalau nak customer setia dengan produk atau servis kita, wajib jaga customer engagement. Engage customer dengan communicate dalam cara yang memenuhi keperluan mereka, yang kena dengan citarasa mereka. Berikut adalah 4 kategori customer yang ada engagement yang tinggi dengan produk atau servis kita.
tips berniaga

Pembeli – Mereka memang adalah hasil customer engagement kita, mereka ni golongan yang sudah terdedah dengan exposure produk/servis dan beli atau gunakannya. Mereka berterusan beli dan guna produk/servis kita.
Pendorong–  Mereka jenis yang selalu promote produk/servis kita kepada orang ramai. Mereka ni kadang-kadang tak guna produk/servis kita tapi mereka akui yang produk atau servis kita bagus dan recommend kepada orang lain dengan cara mulut ke mulut, share,komen,like atau post pasal artikel atau info produk kita kat personal FB, Insta dan sebagainya, .
Penilai– Mereka selalu update latest info pasal produk/servis kita. Selalu bagi komen sama ada mereka suka atau tidak untuk tujuan yang baik, kerana mereka betul-betul sukakan brand produk /servis kita dan mahukan penambahbaikan untuk bantu kita kekalkan kualiti. Ambil kira pendapat mereka, jangan remehkan, sebab mereka ini orang yang ada potensi untuk selalu melabur  duit mereka untuk jadi pelanggan setia kita dan mereka seolah-olah  pekerja company yang betul-betul berharap yang produk /servis kita mendapat sambutan.
Pengikut– Yang ni memang kategori customer setia, mereka ni akan follow dan stick dengan produk/servis kita. Selalunya pengikut ni ada karakter-karakter lain yang kat atas ni tadi. Contohnya, mereka dah guna produk kita selama 3 tahun, bila keluar produk baru, mereka maybe tak beli sebab dah ada ataupun nak tak nak membazir, tapi mereka akan promote pada pada orang lain kebaikan produk kita dan mereka tidak akan guna produk/servis lain selain brand kita.
Read More

27 Mutiara Kata Dr Azizan Osman – Dunia Usahawan

dunia usahawan

“Belajar Bersangka Baik Adalah Salah Satu Cara Bagaimana Kita Boleh Perbaiki Hati Dan Menambah Rezeki”
“Setiap Cabaran Hanyalah Satu Proses Untuk Menjadikan Karektor Anda Lebih Teguh Dalam Persediaan Untuk Menjadi Jaguh Di Dalam Hidup Anda!”
“Gagal Untuk Berkomunikasi Adalah Salah Satu Kunci Kegagalan Dalam Memimpun Sesebuah Organisasi”
Read More

Tip Kewangan : Tulis pendapatan dan perbelanjaan



Assalamualaikum w.b.t


Terdapat banyak tip mengurus kewangan dan salah satunya adalah dengan menulis pendapatan yang kita peroleh pada hari tersebut dan perbelanjaan.


Contohnya seperti di bawah






Terdapat banyak kelebihan apabila kita mencatat pendapatan dan perbelanjaan kita setiap hari dalam satu buku khas. Antara kelebihannya ialah :
Kita dapat melihat sama ada wang masuk atau keluar yang lagi banyak. Jika wang banyak yang keluar, kita akan lebih sedar dan mulai bertindak untuk mengawal perbelanjaan.
Kita dapat membuat penilaian dan muhasabah apabila tiada wang masuk, atau keuntungan tidak seperti biasa dan melihat apa kelemahan yang perlu dibaiki.
Read More