Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume

KLIK DISINI

 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume


Sekian lama anda bekerja, mungkin agak lama tidak mengemaskini resume. Besar kemungkinan resume anda mengandungi informasi yang tidak lagi diperlukan, atau sudah lapuk untuk dikongsikan. Akibatnya, resume anda akan kelihatan tidak professional dan tiada sentuhan. Di sini kami senaraikan 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume anda.

1. Bertanggung  jawab kepada… Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara, pastinya anda bertanggung jawab tentangnya. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tidak menarik kerana kurang efektif dan anda tidak serius dengannya. Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.

2. Format yang pelik. Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tidak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup. Elakkan juga dari mewarnakan resume anda kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja mengakibatkan resume anda tidak kelihatan seperti yang anda mahukan.

3. Pengalaman kerja yang lama. Kerjaya anda mungkin sudah melebihi 10 tahun, namun anda tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Anda boleh letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.

4. Emel yang meloyakan. Perkara ini nampak enteng sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari. Usah letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, kerana sedikit sebanyak ia mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.

5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret. Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda hendak memohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkan senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.

Begitulah 5 perkara yang perlu anda titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda pohon. Resume anda mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda.

KLIK DI SINI

Read More

Erti pengorbanan

erti pengorbanan



BERKORBAN adalah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. kerana dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita harus melakukan pengorbanan. Hidup tanpa pengorbanan adalah kehidupan yang gagal.

“Dalam menjalani hidup yang baik, kita mesti berkorban masa dan tenaga misalnya berusaha mencari rezeki yang halal bagi mengelakkan kemiskinan. Ia merupakan tuntutan hidup mengenai konsep berkorban dalam Islam.

Korban berasal daripada perkataan Arab iaitu udhiyah. Ia menjurus kepada peristiwa pengorbanan satu keluarga iaitu Nabi Ibrahim dan isterinya, Hajar yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat mereka sayangi iaitu anaknya, Nabi Ismail demi kasih dan cinta kepada Allah s.w.t.

“Ini adalah nilai pengorbanan yang cukup tinggi di sisi Allah s.w.t. kerana ia bukan sahaja menguji kesabaran Nabi Ibrahim tetapi menduga sejauh mana ketakwaan Nabi Ibrahim. Maka Allah s.w.t. menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor biri-biri.

“Sebagai orang Islam yang beriman, elakkan perasaan rugi dan sia-sia atas pengorbanan yang dilakukan kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya yang merujuk kepada surah as-Saffat, ayat 100 hingga 111.

Dalam Islam, Allah s.w.t. menggalakkan umatnya memiliki sifat berkorban demi membantu orang yang kurang bernasib baik. Memetik kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib: “Bahawa apabila kita dapat korbankan sesuatu yang paling berharga untuk orang lain, kelebihan yang akan kita peroleh nanti lebih daripada yang dikorbankan.

“Oleh itu, dalam melakukan sesuatu pengorbanan, jangan menganggapnya sebagai sia-sia tetapi sebagai satu cara untuk mendapat peluang yang lebih baik. Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran pahala kepada mereka yang sanggup melakukan pengorbanan dan beramal kebajikan kepada mereka yang memerlukan bantuan,” ujar Roslan.

Mengenai konsep mengorbankan binatang pada hari-hari tasyrik, secara idealnya adalah lambang kepada sebuah pengorbanan yang menuntut makna tersirat di sebalik yang tersurat. Konsep ibadah korban lebih luas dan mampu melahirkan insan yang berwawasan serta memiliki anjakan paradigma.

“Jika dikaitkan ibadah korban dengan realiti semasa hari ini, kita boleh dianggap sebagai gagal sekiranya tidak dapat berkorban untuk orang lain walaupun mampu untuk mengorbankan seekor lembu atau unta.

“Dalam konteks ini, kita harus memperbetulkan persepsi dalam masyarakat. Ramai yang mampu mengorbankan binatang tetapi dalam erti kata sebenar tidak dapat menjiwai pengertian korban,” kata Roslan mengaitkan ibadah korban dengan pengertian pengorbanan.

Untuk menyemai semangat pengorbanan yang semakin hilang penghayatannya, beliau berkata, ibu bapa boleh menterjemahkannya dalam bentuk amalan harian dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Secara tidak langsung, tindakan ini akan melahirkan anak-anak yang mudah membantu orang lain yang kurang bernasib baik.

“Kita perlu lahirkan keluarga yang ada nilai-nilai pengorbanan kerana pada hari ini, masyarakat Islam khususnya melalui transformasi dunia yang penuh cabaran.

“Sudah sampai satu tahap, umat Islam jangan hanya sekadar membaca sejarah dan kisah mengenai Nabi Ibrahim sebaliknya melihat erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas,” katanya.

Senario menarik yang turut berkait dalam isu pengorbanan ialah penglibatan ramai remaja Islam dengan gejala sosial seperti mat rempit, menghisap dadah, pelacuran dan sebagainya. Bagi membanteras permasalahan ini, banyak pihak perlu tampil untuk menyelamatkan remaja yang telah terkorban jiwa dan akhlak mereka akibat terpengaruh dengan rentak dunia yang semakin mencabar.

Tegas beliau, erti pengorbanan masih belum diungkap sepenuhnya kerana persepsi masyarakat yang mengaitkannya dengan pemikiran yang sempit. Pengorbanan yang jelas dapat diungkap apabila anak-anak berkorban menjaga ibu bapa yang sakit, suami menjaga isteri yang sakit, isteri menjaga suami yang sakit atau ada yang mengorbankan kehidupan mereka demi memberi nafas baru kepada golongan kurang bernasib baik.

Mengenai umat Islam luar negara yang ditindas seperti mana yang berlaku di negara-negara barat, Roslan berkata, pengorbanan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka ialah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. memohon kesejahteraan mereka selain menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan kewangan.

Dalam situasi begini juga, umat Islam perlu memiliki sifat hiba, sedih dan marah apabila melihat saudara seIslam ditindas dan hak mereka diketepikan.

Semangat berkorban perlu dijadikan satu budaya agar ia sebati dalam kehidupan seluruh umat manusia. Situasi ini akan menjana keutuhan masyarakat secara keseluruhannya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mempedulikan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan orang Islam.

Dalam erti kata lain, budaya berkorban yang diterapkan dalam masyarakat mampu menghindarkan sifat dendam, dengki, khianat dan perbalahan sebaliknya membina umat Islam yang ampuh dan berkualiti.

“Dalam Islam, pengorbanan ialah melakukan apa yang mampu kita lakukan termasuk korbankan masa, wang ringgit dan tenaga untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan. Contohnya, dalam korban binatang, ada usaha rakyat Malaysia yang melakukannya di Kemboja, Vietnam dan Thailand,” jelas Roslan.

Menurut beliau, seseorang yang tidak pernah berkorban untuk orang lain sebenarnya tidak menghargai kehidupan yang dilaluinya di dunia. Pepatah ada menyebut, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apabila seseorang membantu orang lain yang dalam kesusahan, bantuan itu akan diingat dan dikenang hingga ke akhir hayat. Secara tidak langsung ia membawa kepada keakraban dalam kalangan umat Islam.
Read More

27 Mutiara Kata Dr Azizan Osman – Dunia Usahawan

dunia usahawan

“Belajar Bersangka Baik Adalah Salah Satu Cara Bagaimana Kita Boleh Perbaiki Hati Dan Menambah Rezeki”
“Setiap Cabaran Hanyalah Satu Proses Untuk Menjadikan Karektor Anda Lebih Teguh Dalam Persediaan Untuk Menjadi Jaguh Di Dalam Hidup Anda!”
“Gagal Untuk Berkomunikasi Adalah Salah Satu Kunci Kegagalan Dalam Memimpun Sesebuah Organisasi”
Read More

7 Rancangan Hartanah untuk Anak Muda



Assalamualaikum w.b.t


Membeli hartanah perlukan modal yang tidak sedikit jumlahnya. Bagi membolehkan kita membeli hartanah, kita perlu terlebih dahulu mengurus kewangan kita supaya dapat menyimpan duit bagi membolehkan kita mampu dan layak memiliki hartanah sendiri.


Di bawah saya kongsikan 7 rancangan hartanah untuk anak muda yang saya peroleh daripada FB Nasihat Kewangan.









Read More

2 Modal Tambah Wang Gaji



Assalamualaikum w.b.t

Awas! Apabila duit gaji tidak cukup, bermakna kita perlu lakukan sesuatu.

Berjimat dan menyimpan adalah salah satu cara.

Tapi, ramai yang tidak mampu kerana keperluan melebihi pendapatan.

Jadi, adakah cara lain?

Ada. Iaitu dengan berniaga.

Tapi anda perlukan 2 Modal ini.


1. Modal ilmu


Apakah ilmu dan kemahiran yang dapat anda berikan yang dapat berikan manfaat pada orang lain dan pada masa yang sama anda dapat wang tambahan?
Read More

Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip cukup duit gaji



Assalamualaikum w.b.t


Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala cukup dan kadangkala dirasakan tidak cukup.


Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan wang gaji yang diperoleh.


Ada yang tidak sampai hujung bulan, tapi dah habis duit gaji malah perlu berhutang pula.


Oleh itu, saya kongsikan tip kewangan peribadi dan keluarga bagaimana hendak jadikan duit gaji kita itu mencukupi sesuai dengan jumlah gaji yang diperoleh.
Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip Cukup Duit Gaji
Read More