BIOGRAFI IMAM GHAZALI III

2)Uzlah

Selepas melawat makam Nabi Ibrahim a.s di Hebron ,beliau melaksanakan haji di Mekah dan pergi pula ke Madinah.Ini diikuti dengan amalam ber'uzlah ke tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid serta mengembara di padang pasir.Selepas daripada 11 tahun berada dalam pengembaraan,beliau kembali ke kota kelahirannya Tus pada tahun 499 H /1055 M.Mengenai pelbagai pengalamannya selepas beliau meninggalkan kota Baghdad ,tiada apa yang diberitahunya kepada kita.Apa yang diberitahu hanyalah bagaimana terjadinya pelbagai perkara yang tidak boleh dihuraikan yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham sewaktu beliau berada di dalam 'uzlahnya.Segala pengalaman ini menjadi sebagai natijah kepadanya apabila beliau menerima autoriti Nabi s.a.w dan tunduk sepenuhnya kepada segala kebenaran yang diwahyukan dalam al Quran.
Antara tanda-tanda awal perubahannya ialah beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah (yang sememangnya dahulu beliau memberi pembelaan terhadapnya ,tetapi kemudiannya pembelaan itu diberikan selepas berlakunya sesuatu yang boleh disebut sebagai pengesahan secara kerohanian mengenai segala kebenaran itu) melalui penulisannya berjudul Ar-Risalah al-Qudsiyyahyang digubah sewaktu beliau berada dalam 'uzlahnya di Jerusalem.
Mungkin sebelum 429H/1099M,kerana pada bulan Syaaban pada tahun tersebut Jerusalem ditawan oleh tentera Salib.Ianya dimasukkan dalam bab ketiga kitab teragungnya Ihya' 'Ulumuddin ,kitab yang menghuraikan tentang dasar-dasar akidah.
Di dalam kitab tersebut,beliau mencatatkan apa yang dipelajarinya ketika beliau ber'uzlah sambil melakukan pelbagai latihan kerohanian dan menjalankan tafakur yang mendalam.

3)Mengarang Kitab-kitab Besar



Kejayaan Imam Ghazali sebenarnya tidak terlepas daripada peranan ibunya sejak kanak-kanak lagi.Ibunya ialah seorang yang amat mencintai ilmu pengetahuan dan menanamkan rasa cinta kepada ilmu pada anaknya semenjak Imam Ghazali boleh bercakap iaitu dalam usianya dua tahun.Apabila al-Ghazali mencecah usia empat tahun ibunya telah mendidiknya tentang al-Quran dan Hadis sehingga usianya enam tahun ,al-Ghazali telah menghafal al-Quran 30 juzuk dan ribuan Hadis.
Bakatnya sebagai ilmuwan dan ulama semakin terselah apabila bondanya mengarahkan al-Ghazali berangkat ke Baghdad.Segala bekalan telah disediakan oleh ibunya termasuk pena dan buku-buku.Ibunya amat menginginkan al-Ghazali menjadi anak yang soleh yang mewarisi sifat-sifat Nabi s.a.w.Disebabkan itu,ketika melepaskan anaknya ke Baghdad ,ibunya berpesan:

  • Hiduplah sederhana ,makan sedikit , perbanyakkan berpuasa , kurangkan tidur dan hafallah sebanyak mana hadis , ucapan ulama dan bergaulah dengan orang-orang yang soleh.
  • Janganlah kamu melupakan satu perkara iaitu ikhlaskan hatimu dan berbuat baiklah walaupun kepada orang yang menzalimimu.
  • Cintailah Rasulullah bagar Baginda mencintaimu dan ikutilah jejak langkah dan perjuangannya.
  • Mulakanlah langkahmu dengan Bismillah dan akhiri segala-galanya dengan memuji dan membesarkan Allah s.w.t
Ketika pengembaraan itu,beliau terus mengarang kitab-kitab selain 'Ihya' 'Ulumuddin dan dari semasa ke semasa beliau kembali memberi pelajaran kepada para muridnya.Beliau merasakan bahawa dia mempunyai peranan untuk menyelamatkan agama daripada aliran zindik (kesesatan) dan kekufuran dan beliau mengarang kitab-kitab untuk menegakkan akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang jelas dalam bahagian akidah dalam 'Ihya' Ulumuddin dan kitab-kitab lain seperti Al-Iqtisad fil I'tiqad .
Beliau juga mengarang kitab tentang kesesatan Batiniyyah dalam kitabnya Faisatul Tafriqah Bainal Islam wa'z-Zaanadiqah.Beliau juga meneruskan pemerhatiannya terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w.Apabila beliau kembali ke Tus , beliau meneruskan kehidupan ber'uzlah serta bertafakur yang diamalnya.Pada ketika itu Fakhr al-Mulk anak lelaki Nizam al-Mulk yang memberi lindungan kepadanya yang merupakan wazir kepada Sultan Sanjar menggesa beliau menerima jawatan profesor ilmu akidah di Maktab Maimunah Nizamiyyah di Nishapur yang menyebabkan beliau terpaksa bersetuju dengan perasaan berat hati.
Tetapi beliau tidak lama bertugas di sana dan kembali ke kota kelahirannya , lalu membina madrasah tempat beliau memberi pengajaran mengenai usuluddin dan tasawuf.Kemudiannya ,beliau disuruh pula oleh wazir al-Said mengajar di Nizamiyyah ,Baghdad.Lalu beliau membuat pilihan untuk menetap di Tus.
Di sana beliau hidup dengan aman bersama anak-anak muridnya .Hidupnya penuh dengan pendidikanj dan beribadat kepada Allah sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir tahun 505H/19 Disember 111M dengan kitab hadis berada di atas dadanya.
Dalam hayatnya ,beliau menyedari bahawa beliau mesti bertanggungjawab untuk menghadapi aliran ilhad atau kekufuran yang sedang muncul pada waktu itu yang bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang ada dalam Ahlus Sunnah wal-Jamaah .Kerana itu,beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah dalam teks-teks karangannya.
Imam al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah.Oleh itu sumbangannya terhadap bidang tasawuf dan ilmu pengetahuan tidak boleh dinafikan .Al-Ghzali merupakan seorang ahli sufi yang digelar Hujjatul Islam.
Cintanya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya mengembara dan merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain untuk berguru dengan para ulama' yang hidup pada zamannya.Sewaktu berada di Baghdad ,al-Ghazali telah dilantik sebagai mahaguru (profesor) yangb termasyhur.
Walaupun telah bergelar mahaguru ,beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimilikinya.Lantaran itu,beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Mekah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal di sana.
Selain belajar dan mengkaji, al-Ghazali juga banyak menulis.Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku merangkumi pelbagai ilmu pengetahuan seperti mantik,akhlak,tafsir,ulumul Quran,falsafah dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Monghul yang menyerang kota Baghdad.Di antara kitab beliau yang paling terkenal ialah Ihya' 'Ulumuddin(menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.Ketokohan Imam Ghazali tiada bandingannya sama ada pada zaman beliau mahupun selepasnya.Segala hujah-hujahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ulama yang berani dan tegas itu.
Berjuta-juta umat Islam merujuk kepada Imam Ghazali sama ada beliau hidup mahupun selepas ketiadaannya ,kesemuanya menunjukkan besarnya pengaruh dan peranan Imam Ghazali dalam kalangan umat Islam dan para pemikir Muslim.Ketokohan Imam Ghazali tidak sahaja mengharum di bumi umat Islam malahan menyeberang sehingga ke Eropah dan Barat.
Kitab-kitabnya tidak sahaja mendorong pemikiran umat ke arah penghayatan semula ajaran Islam yang sebenar ,malahan mendedahkan segala bentuk kepalsuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh para ulama sesat mahupun para penguasa yang zalim.
Antara kitab besar yang merupakan hasil karya Imam Ghazali dapat dibahagikan kepada beberapa bidang .Antaranya:

a)Teologi


  • Al-Munqidh min adh-Dhalal
  • Al-Iqtishad fi al-I'tiqad
  • Al-Risalah al-Qudsyyah
  • Al-Arba'in fi Usul ad-Din
  • Mizan al-Amal
  • Ad-Durrah al-Fakhirah fi Kasyf Ulum al-Akhirah

Kitab terkenal Imam al-Ghazali
b)Tasawuf


  • Ihya' 'Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama )yang merupakan karyanya yang terkenal
  • Kimiya as-Sa'adah(Kimia Kebahagiaan)
  • Misykah al-Anwar (The Niche of Lights).
c)Filsafat

  • Maqasid al-Falasifah 
  • Tahafut al-FalasifahBuku ini membahaskan tentang segala kelemahan para falsafah pada masa itu yang kemudiannya ditanggapi oleh Ibn Rusyd dalam buku Tahafut at-Tahafut(The Incoherence of the Incoherence).


d)Fiqh

  • Al-Mushtasfa min 'Ilm al-Ushul
e)Logikal

  • Mi'yar al-Ilm (The Standard Measure of Knowledge)
  • Al-Qistas al-Mustaqim(The Just Balance)
  • Minhakk al-Nazar fi al-Manthiq(The Touchstone of Proof in Logic)

Kewafatannya


Ibn al-Jawzi meriwatkan dalam kitab At-Thabat Inda al-Mamat kisah yang diperolehinya daripada Ahmad,saudara Imam al-Ghazali bahawa :

Pada hari Isnin (14 Jamadil Akhir ) ketika masuknya waktu Subuh ,saudaraku Abu Hamid mengambil wudhu' lalu solat Subuh.
Kemudian berkata:Bawa kepadaku kain kafanku.
Beliau mengambil kain itu, dicium dan diletakkan pada matanya sambil berkata :Kami mendengar dan taat dengan penuh persediaan untuk hadir ke Hadrat Tuhan ,Raja(Yang Maha Berkuasa).
Kemudian beliau melunjurkan kakinya ,menghadap kiblat dan meninggal dunia sebelum matahari terbit.


EmoticonEmoticon